Ahli Wanita Berdaya Selangor (WBS) menunjukkan kit tuala wanita ketika Program Sumbangan Tuala Wanita Sempena Kempen Peduli Kemiskinan Haid di Dewan Serbaguna MBPJ SS5A/15, Kelana Jaya, Petaling Jaya pada 28 Ogos 2021. Foto HAFIZ OTHMAN
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pelajar program tuisyen negeri diberi tuala wanita percuma Mac ini

SHAH ALAM, 27 JAN: Pelajar kurang berkemampuan (B40) daripada Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) akan diberi tuala wanita percuma bermula Mac depan.

Dato’ Menteri Besar berkata Selangor merupakan negeri pertama memperkenal inisiatif anjuran Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

“Projek perintis ini bakal dilaksana di lima hingga 10 sekolah menengah terpilih sekitar Gombak dan Kuala Selangor.

“Ini sebahagian daripada program kemiskinan haid,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2023, Amirudin mengumumkan sejumlah RM200,000 bagi memberdaya kaum wanita termasuk kempen kesedaran serta penyediaan tuala wanita secara percuma.


Pengarang :