Pelanggan gembira kaunter pandu lalu disediakan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memudahkan urusan mereka membuat pembayaran bil. Foto Facebook MPKL
PBTSELANGOR

Pelanggan gembira operasi kaunter pandu lalu MPKL mudahkan pembayaran bil

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 4 JAN: Kaunter pandu lalu Majlis Perbandaran Kuala langat (MPKL) yang mula beroperasi semalam menerima sambutan baik daripada pelanggan.

Beberapa keping gambar dikongsi pihak berkuasa tempatan itu menunjukkan wajah gembira pelanggan kerana kaunter disediakan itu memudahkan mereka membuat pembayaran bil.

“Perkhidmatan yang disediakan itu khusus kepada pembayaran cukai taksir dan lain-lain bil MPKL sahaja,” katanya menerusi Facebook.

Waktu operasi kaunter tersebut adalah Isnin hingga Jumaat jam 8 pagi – 5 petang manakala Sabtu, Ahad dan cuti umum tidak beroperasi.

Sebarang maklumat boleh hubungi Jabatan Perbendaharaan 012-300 4181.


Pengarang :