Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencanting dan mewarna batik Selangor bermotifkan Bunga Tanjung di Lobi Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam pada 2 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Pelbagai program menarik di karnival UiTM Puncak Alam hujung minggu ini

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 12 JAN: Orang ramai dipelawa menyertai pelbagai program menarik di karnival anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor (UCS) hujung minggu ini.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor memaklumkan Karnival Inovasi UCS 2023 dari jam 9 pagi hingga 6 petang di Dewan Berlian, Kampus Puncak Alam menyediakan bengkel pembuatan produk kosmetik dan mencanting batik.

Turut disediakan klinik gigi dan mata bergerak, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran STEM dan aktiviti MAKERS untuk pelajar sekolah dan universiti.

Selain itu pertandingan tarik tali, larian santai 4KM, jungle trekking, pertandingan mewarna kanak-kanak dan persembahan tarian juga diadakan.

“Akan diadakan forum bertajuk Business Brew With Bigwigs yang membincangkan berkenaan keusahawanan dan panel terlibat adalah dalam kalangan syarikat ternama di Malaysia,” maklumnya di Facebook.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang https://selangor.uitm.edu.my/kiucs2023.


Pengarang :