AGENDAJENAYAH

Pembuli jalanan dicari, guna batu bata pecah cermin kereta

KUALA LUMPUR, 22 JAN: Polis Kuala Lumpur sedang mengesan seorang lelaki dipercayai pembuli jalanan di persimpangan lampu isyarat Jalan Metro 1, Metro Prima, Kepong di sini.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menerusi kenyataan di Facebook rasminya malam ini memohon sesiapa yang terlibat dalam insiden itu tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berdekatan bagi memastikan siasatan secara terperinci dapat dijalankan.

Selain itu, mereka boleh menghubungi Balai Polis Kepong di talian 03-6274 2312 dan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-4048 2222.

Hari ini tular di media sosial tindakan seorang lelaki mengetuk cermin sebuah kereta menggunakan bongkah batu bata dan memarahi pemandunya dengan kata-kata kesat.

– BERNAMA


Pengarang :