Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting. Foto Facebook MPKL
PBT SELANGOR

Pemilik restoran didenda gagal bayar 490 kompaun parkir MPKL

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM 25 JAN: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mendakwa seorang pemilik restoran di Mahkamah Majistret Telok Datok, hari ini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berkata individu terbabit mempunyai 490 tunggakan dan gagal melunaskan kompaun parkir MPKL sejak 2002.

“Majistret Khairul Farhi Yusob menjatuhkan hukuman denda RM300 atau 5 hari penjara kerana individu tersebut melakukan kesalahan di bawah Perenggan 36(1)b Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MDKL 2007 iaitu meletakkan kenderaan tanpa membayar parkir.

“Tertuduh juga mempunyai tunggakan 490 notis kesalahan kompaun parkir MPKL sejak dari 2002. Tertuduh yang tidak diwakili peguam telah mengaku bersalah dan membayar denda tersebut,” katanya menerusi Facebook

PBT itu berkata tertuduh akan menyelesaikan semua tunggakan kesalahan kompaun parkir dengan membuat bayaran di MPKL.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa MPKL, Hasrizal Abdul Rahim dibantu Norazizi Natimin.


Pengarang :