Ribuan tanglung merah menghiasi kawasan Tokong Thean Hou, Kuala Lumpur ketika tinjauan pada 30 Januari 2022 bagi menaikkan semangat masyarakat Cina untuk menyambut Tahun Baharu Cina kali ini. Foto BERNAMA
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Pemimpin, EXCO negeri ucap Selamat Tahun Baharu Cina

Arnab menggambarkan haiwan yang penuh dengan kecerdasan dan kegembiraan. Masyarakat majmuk kita telah sebati dengan perayaan pelbagai budaya diraikan bersama. Budaya ini memupuk semangat perpaduan dan keharmonian di antara masyarakat yang terdiri dari berbilang bangsa. Moga Kita Selangor dapat memupuk semangat toleransi dan kerjasama antara kaum, menjadikan masyarakat lebih makmur

DATO’ HARIS KASIM
Setiausaha Kerajaan Negeri

 

Sambutan Tahun Baharu Cina peluang untuk mengukuhkan persahabatan dan rasa harmoni dalam kalangan kaum di Selangor. Semoga kedatangan tahun arnab disambut dengan dengan penuh muhibah, saling menghormati, perpaduan utuh, perkukuh ikatan sebagai bangsa yang progresif dan bermaruah sekali gus bergerak untuk mencipta masa hadapan lebih gemilang. Kebersamaan inilah yang menguatkan kita

DATO’ SALIM SOIB@HAMID
Penasihat Undang-undang Negeri

 

Saya doakan anda dan keluarga diberikan kegembiraan dan semangat muhibah dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Semoga tahun ini jauh lebih baik dari sebelum ini. Semoga tahun baharu ini menyemarakkan lagi semangat sehati sejiwa meskipun kita berbeza agama, budaya dan bangsa. Xin Nian Kuai Le! Gong Xi Fa Cai! Selamat menyambut Tahun Baharu Cina

DR AHMAD FADZLI AHMAD TAJUDDIN
Pegawai Kewangan Negeri

 

Selamat menyambut Tahun Baharu Cina 2023. Semoga kedatangan tahun arnab membawa sinar harapan baharu untuk negara dan rakyat. Hindarilah segala bencana, sentiasa mencapai kemakmuran serta keharmonian kaum. Semoga nilai kepelbagaian dalam masyarakat majmuk terus kekal dengan harmoni dan sejahtera

NG SUEE LIM
Speaker Dewan Negeri Selangor

Mengambil semangat tahun arnab, kita semua mahukan yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara. Xin Nian Kuai Le! dan Gong Xi Fa Cai kepada semua rakyat berbangsa Tionghoa

DATUK RIZAM ISMAIL
Ketua Pembangkang

 

Saya harap tahun baharu kita akan berada dalam keadaan sihat dan dapat berusaha untuk membangun Selangor. Selamat Tahun Baharu Cina

DATO’ TENG CHANG KHIM
EXCO Pelaburan, Perdagangan & Perindustrian dan Industri Kecil dan Sederhana

 

Selamat Tahun Baharu Cina. Mengambil semangat tahun arnab ini semoga ia dapat memberi semangat kasih sayang dan perpaduan buat semua rakyat Malaysia. Hidup lebih bahagia dan sejahtera apabila saling memberi dan bertoleransi Gong Xi Fa Cai

RODZIAH ISMAIL
EXCO Perumahan & Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan

 

Saya mendoakan masyarakat Tionghoa yang meraikan Tahun Baharu Cina menyambut meriah bersama ahli keluarga dan sahabat di samping tetap mengutamakan kesihatan dan keselamatan diri. Semoga sambutan ini mengukuhkan lagi perpaduan dan semangat muhibah

GANABATIRAU VERAMAN
EXCO Pembangunan Sosio Ekonomi, Kebajikan Masyarakat dan Pemberdayaan Pekerja

 

Selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghoa, Gong Xi Fa Chai, Xi Ning Kuai Ler, semoga tahun baharu ini bawa kesejahteraan harmoni dan keseronokan kepada keluarga masing-masing

IR IZHAM HASHIM
EXCO Infrastruktur & Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani

 

Tahun Baharu Cina semakin mendekati. Tahun 2023 merupakan tahun arnab menurut zodiak Cina. Semoga kita semua akan cergas dan seperti arnab dalam rutin seharian. Tahun 2023, kita bersama-sama maju ke depan dan #kitaboleh

NG SZE HAN
EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru

 

Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2023, Gong Xi Fa Cai. Semoga tahun baharu ini lebih bersinar, memberi kejayaan dan meningkatkan pencapaian ke arah yang lebih baik. Walaupun berbeza bangsa, agama mahupun budaya, semoga kita tetap hidup bersama dengan harmoni

DR SITI MARIAH MAHMUD
EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita & Keluarga

 

Banyak yang kita lalui selama ini. Saya harap kita kekal tabah dan terus berganding bahu harungi ujian ini. Semoga Tahun Baharu Cina ini mengukuhkan perpaduan dan membawa kebaikan. Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina. Xin Nian Kuai Le!

HEE LOY SIAN
EXCO Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli

 

Semoga anda dan keluarga yang disayangi dilimpahi kemakmuran, kesihatan yang baik, kegembiraan dan semangat muhibah antara rakyat Malaysia. Selamat Tahun Baharu Cina

MOHD KHAIRUDDIN OTHMAN
EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan & Pembangunan Modal Insan

 

Selamat Tahun Baharu Cina 2023 kepada semua yang merayakannya. Semoga tahun ini membawa kesihatan yang baik, kegembiraan, tuah yang baik kepada semua yang meraikan
Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le!

BORHAN AMAN SHAH
EXCO Pembangunan Luar Bandar & Kebudayaan

Tahun Arnab 2023 telah memberi kita jutaan makna dalam kehidupan. Bersyukur kita di bumi Malaysia yang hidup perpaduan damai dan aman. “Gong Xi Fa Cai” semoga dalam tahun baharu ini persahabatan serta ukhwah kita akan menjadi lebih baik meskipun kita berbeza agama, budaya dan bangsa tapi kita tetap sehati sejiwa

MOHD ZAWAWI AHMAD MUGHNI
EXCO Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal


Pengarang :