Air Selangor pembekal tunggal perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKIN
AGENDANASIONAL

Pemulihan bekalan air di Gombak, KL capai 61 peratus

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 2 JAN: Status pemulihan bekalan air susulan kerja pembaikan paip pecah di Bukit Indah Industrial Park semalam mencapai 61 peratus setakat jam 9 pagi ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan daerah Gombak mencapai 69 peratus manakala Kuala Lumpur 17 peratus.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” maklumnya di Facebook.

Air Selangor menyarankan pengguna yang sudah mendapat bekalan menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan terjejas berjalan seperti dijadualkan.

Semalam kerja pembaikan paip pecah di Bukit Indah Industrial Park menyebabkan gangguan air tidak berjadual di 83 kawasan sekitar wilayah Gombak dan Kuala Lumpur.

Agensi itu memaklumkan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam nanti.


Pengarang :