AGENDANASIONAL

Pencarian Gadis Inspirasi Selangor tawar hadiah tunai RM5,000

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 5 JAN: Kerajaan Negeri melalui Wanita Berdaya Selangor mencari wanita muda berkebolehan dan berdaya saing untuk menyertai program Pencarian Gadis Inspirasi Negeri Selangor (Gadis) yang bakal berlangsung pada 27 hingga 29 Januari ini.

EXCO Wanita dan Keluarga Dr. Siti Mariah Mahmud berkata program menawarkan hadiah wang tunai RM5,000 untuk pemenang pertama, RM3,000 (kedua), RM1,000 (ketiga) dan 10 hadiah misteri untuk anugerah mengikut kategori.

“Program ini bertujuan mencungkil bakat serta potensi wanita muda, menyediakan saluran untuk mengetengahkan diri mereka kepada khalayak umum dan meningkatkan pembangunan peribadi, kemampanan diri serta daya saing mereka,” katanya di Facebook.

Menurut beliau, syarat penyertaan ialah wanita berusia 18 tahun hingga 30 tahun, lahir dan bermastautin di Selangor serta memiliki pengikut di pelbagai media sosial dengan jumlah minimum 5,000 orang.

Tarikh akhir penyertaan ialah 14 Januari ini dan penginapan serta makanan disediakan untuk semua peserta yang terpilih.

Maklumat lanjut boleh layari laman sesawang https://www.wbselangor.com.my/pencarian-gadis-akan-bermula.


Pengarang :