Seramai 13 wanita menerima tawaran biasiswa dalam Majlis Penyampaian Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 12 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
SELANGOR

Pencarian peserta Sidang Wanita Selangor dibuka, cungkil bakat pemimpin

SHAH ALAM, 22 JAN: Pencarian peserta Sidang Wanita Selangor (SIWANIS) 2023 bagi mengasah dan mencungkil bakat kepimpinan wanita terutama di peringkat pembuat keputusan dibuka sehingga 24 Januari ini.

Wanita Berdaya Selangor (WBS) memaklumkan SIWANIS iaitu program simulasi sidang Dewan Negeri Selangor membolehkan wanita mempelajari protokol, prosedur dan konsep sidang secara terus daripada pakar atau individu yang berpengalaman dalam bidang tersebut.

“Ia satu platform perkongsian pemahaman dan pembangunan kapasiti kepimpinan ke arah 30 peratus kuota perwakilan wanita sebagai pembuat keputusan dan dasar.

“Usul yang baik akan diusahakan untuk dibawa ke Dewan Undangan Negeri Selangor supaya boleh dibahaskan secara formal,” maklum agensi itu menerusi Facebook.

Menurut WBS sidang berkenaan akan memfokuskan isu berkaitan pemerkasaan wanita, kanak-kanak dan keluarga serta akses kepada pendidikan.

“Selain itu isu berkaitan ibu tunggal dan ibu tinggal, pekerjaan dan kos sara hidup, kesihatan dan keselamatan serta undang-undang dan keadilan sosial.

“Mereka yang berminat boleh mendaftar di pautan pendaftaran https://bit.ly/SIWANIS2023,” katanya.


Pengarang :