Foto hiasan ARKIB SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pengetua wajib ikut SOP keluarkan tunai, perlu pengiring jika jumlah besar

SHAH ALAM, 17 JAN: Pengetua atau guru besar wajib mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung pengeluaran wang tunai.

Menurut pekeliling kementerian itu, pengeluaran sehingga RM10,000 perlu diiringi dua guru manakala jumlah yang lebih besar perlu mendapatkan khidmat polis pengiring, lapor Berita Harian.

“Tindakan ini diambil bawah Arahan Perbendaharaan (AP137) mengenai Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang guru besar di Beranang, Selangor berputih mata selepas wang bantuan awal persekolahan lebih RM109,000 yang dikeluarkan dari bank dilarikan penjenayah.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dilaporkan berkata wang itu baharu sahaja dikeluarkan sebelum cermin kenderaannya dipecahkan ketika membeli minuman.

 


Pengarang :