Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan amanat tahun baharu kepada penjawat awam di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 11 Januari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pentadbir cekap pastikan tawaran inisiatif beri manfaat kepada rakyat

SHAH ALAM, 11 JAN: Pasukan pentadbiran negeri dibentuk menjadi cekap, berdaya tahan dan berkeupayaan bagi memastikan tawaran pelbagai inisiatif memberi manfaat kepada rakyat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata dasar dan program yang bermanfaat kepada rakyat membantu usaha mencapai matlamat Negeri Pintar menjelang 2025 selain menjadi contoh kepada negeri lain.

“Dalam pentadbiran ini, kita utamakan rakyat dan kemaslahatan. Tidak kira siapa di atas, kita beri kerjasama dengan nilai profesional. Ikut piagam pelanggan penjawat awam dan melihat pentadbiran.

“Sebagaimana Rancangan Selangor Pertama (RS-1), kita buat dengan penuh kesedaran dan digerakkan dengan semangat dari peringkat bawah sampai atas,” katanya ketika menyampaikan amanat tahun baharu di sini hari ini.

Beliau juga menjelaskan pelbagai inisiatif dibuat termasuk memperkenal lesen kendera saji pada 2016, pendaftaran rumah inap desa pada 2018 dan penstrukturan semula perniagaan serta e-dagang.

Amirudin menambah Selangor turut cekal meski berdepan cabaran besar antaranya penularan Covid-19 dan banjir besar berikutan pendekatan yang mendahulukan rakyat.

“Semasa Covid-19, kita terima kes tertinggi. Kita mampu selesaikan inokulasi vaksin paling awal. Lakukan saringan bersasar, beli vaksin sendiri dengan perolehan negeri walau ada yang menempelak,” katanya.


Pengarang :