A Rahim Kasdi dan pegawai Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Gombak Setia beramah mesra dengan penduduk Tionghoa di Medan Selera Sengkuap Majlis Perbandaran Selayang Taman Sri Gombak Gombak Setia pada 19 Januari 2023. Foto Facebook Penyelaras DUN Gombak Setia
ADNSELANGOR

Penyelaras DUN Gombak Setia edar limau, angpau kepada 150 penduduk Tionghoa

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 21 JAN: Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia bertemu dan beramah mesra dengan 150 penduduk Tionghoa di beberapa lokasi sekitar Gombak Setia kelmarin.

A Rahim Kasdi yang juga Setiausaha Politik Kawasan Dato’ Menteri Besar turut mengedarkan buah limau dan angpau sempena sambutan Tahun Baharu Cina kepada mereka.

“Saya ingin berpesan kepada penduduk Gombak Setia terutamanya keturunan Tionghoa yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan agar menjaga kesihatan diri dan keselamatan ketika di jalan raya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Rahim memberitahu lebih 400 penerima telah hadir ke Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Gombak Setia untuk mengambil baucar Skim Mesra Usia Emas (SMUE) 2023.

“Sejak Kerajaan Negeri membenarkan penerima mengambil baucar tanpa mengikut tarikh lahir memang ramai yang datang ke Pusat Khidmat Rakyat dengan purata kehadiran 150 sehari.

“Diharap penerima SMUE akan memanfaatkan bantuan yang diberikan sebaik mungkin,” tambahnya.

 


Pengarang :