Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern dalam sidang akhbar bersama yang dihoskan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese selepas Mesyuarat Pemimpin tahunan mereka di Pejabat Parlimen Komanwel di Sydney, Australia pada 8 Julai 2022. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Perdana menteri New Zealand umum letak jawatan 7 Februari

WELLINGTON, 19 JAN: Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern mengumumkan akan meletak jawatan menjelang 7 Februari, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Ardern membuat pengumuman mengejut itu semasa sidang media pertamanya bagi 2023 pada Khamis.

“Kami memberikan semuanya selagi kami mampu. Dan bagi saya, sudah tiba masanya (meletak jawatan),” katanya.

Peletakan jawatannya berkuat kuasa selepas pelantikan perdana menteri baharu.

Undian kaukus untuk memilih pemimpin baharu Parti Buruh akan berlangsung pada Sabtu.

Adern dilantik sebagai perdana menteri pada 2017 ketika berusia 37 tahun dan merupakan wanita termuda di dunia yang memimpin kerajaan.

Ardern juga mengumumkan pemilihan tahun ini akan diadakan pada 14 Oktober.

-BERNAMA


Pengarang :