Permohonan baucar Jom Shopping Tahun Baharu Cina bagi penduduk keturunan Tionghoa di DUN Bandar Utama masih dibuka sehingga esok. Foto FACEBOOK Jamaliah Jamaluddin
ADNSELANGOR

Permohonan baucar beli-belah Tahun Baharu Cina DUN Bandar Utama dibuka hingga esok

SHAH ALAM, 18 JAN: Penduduk keturunan Tionghoa sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama masih boleh memohon baucar Jom Shopping Tahun Baharu Cina sehingga esok.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata setakat ini pihaknya menerima 156 permohonan dan daripada jumlah itu 133 penerima sudah hadir menebus baucar berkenaan.

“Kita buka permohonan ini sehingga esok, individu yang berminat dan menepati syarat boleh memohon secara dalam talian atau hadir terus ke pusat khidmat masyarakat DUN Bandar Utama.

“Permohonan agak berkurangan kerana penduduk yang sudah menerima baucar Skim Mesra Usia Emas tidak boleh lagi mohon baucar perayaan ini,” katanya ketika dihubungi.

Permohonan baucar Jom Shopping Tahun Baharu Cina bagi penduduk keturunan Tionghoa di DUN Bandar Utama masih dibuka sehingga esok. Foto FACEBOOK Jamaliah Jamaluddin

Menurutnya, penerima baucar Jom Shopping Tahun Baharu Cina bernilai RM200 itu boleh membeli-belah di pasar raya besar Giant Kelana Jaya.

“Saya berharap baucar ini dapat meringankan beban penerima sekali gus memberi keceriaan untuk mereka membuat persiapan dalam meraikan Tahun Baharu Cina nanti,” katanya.

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM16.48 juta bagi program pemberian baucar Jom Shopping sempena perayaan yang memanfaatkan 82,400 penerima.

Pemberian itu dilaksanakan sempena tiga perayaan utama iaitu Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali bagi meringankan beban keluarga kurang berkemampuan untuk membeli barangan persiapan perayaan.


Pengarang :