Perpustakaan permainan dan pusat sokongan keluarga Makasih menyediakan perkhidmatan komuniti khusus untuk kanak-kanak istimewa. Foto Facebook Makasih Toy Library and Family Support Services
AGENSISELANGOR

Perpustakaan permainan Makasih bantu kemahiran pertuturan anak istimewa

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 27 JAN: Perpustakaan permainan dan pusat sokongan keluarga Makasih menyediakan perkhidmatan komuniti khusus untuk kanak-kanak istimewa.

Perpustakaan yang dikendalikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu memiliki kira-kira 1,600 permainan dan buku bagi bagi membantu perkembangan kemahiran kanak-kanak berkeperluan khas seperti spektrum autisme, down sindrom, Attention Deficit Disorder (ADD), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan perkembangan lewat.

“Kami menyediakan pelbagai jenis mainan bagi menggalakkan permainan imaginatif, kemahiran motor kasar, motor halus, komunikasi/pertuturan, buku serta video untuk kanak-kanak.

“Kami juga mempunyai koleksi bahan rujukan untuk membantu ibu bapa dan penjaga lebih memahami serta menjaga keperluan anak mereka,” maklumnya.

Menerusi perkongsian di Facebook, Makasih yang terletak di Subang Jaya akan beroperasi setiap Sabtu minggu pertama dan ketiga setiap bulan mulai Februari ini.

Perpustakaan permainan itu akan dibuka pada 4 dan 18 Februari dari jam 10 pagi hingga 2 petang.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 017-2455600 atau layari https://makasih.setls.com.au/toy_picture_index dan https://makasih.setls.com.au/items bagi melihat koleksi permainan dan buku secara atas talian.


Pengarang :