ADN Seri Serdang Dr Siti Mariah Mahmud (tiga dari kanan) pada majlis penyampaian hadiah pertandingan reka bentuk Eko Brick Komuniti Puchong di Dewan Pangsapuri Melor, Taman Puchong Prima, Subang Jaya pada 29 Januari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDAEXCONASIONAL

Pertandingan ‘ecobrick’ Seri Serdang pertama di Malaysia libatkan komuniti

SUBANG JAYA, 29 JAN: Dewan Undangan Negeri Seri Serdang menjadi komuniti pertama di Malaysia yang menjayakan program ‘ecobrick’ bagi mengawal pembuangan plastik.

Wakil syarikat perusahaan sosial dan persekitaran Impactlution yang juga juri berkata pertandingan memampatkan plastik dalam botol iaitu Program Inovasi Eco-Brick Rakan Komuniti @Puchong 2022, dijalankan sejak Ogos tahun lalu dan ia dapat membantu pemuliharaan alam sekitar.

“Pertandingan ‘ecobrick’ melibatkan lima komuniti pangsapuri ini adalah yang pertama di Malaysia. Tahniah diucapkan atas usaha ini yang dapat menjaga kelestarian bumi.

“Kita harap pertandingan ini diteruskan lagi pada masa hadapan supaya masyarakat sedar kepentingan menjaga alam sekitar. Ini juga penting untuk generasi akan datang,” kata Mohd Faisal Abdur Rani.

Mohd Faisal Abdur Rani. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Beliau berucap pada majlis penyampaian hadiah di Puchong Prima yang disempurnakan EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud.

Sementara itu Dr Siti Mariah yang juga wakil rakyat Seri Serdang berkata tindakan menjaga alam sekitar sangat penting ketika ini memandangkan jumlah populasi kian meningkat dan berisiko memberi pelbagai kesan.

“Dalam masa sama kita juga berdepan ledakan teknologi baru untuk memudahkan kehidupan seharian. Jadi banyak elemen ini mencemarkan bumi.

Reka bentuk Eco Brick yang dihasilkan daripada sisa polimer oleh Komuniti Puchong. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Jadi semua harus ada sikap proaktif untuk menjaga kelestarian dan ekosistem alam sekitar. Jangan biarkan bumi tercemar,” katanya.


Pengarang :