Pengunjung memilih perhiasan rumah bagi persiapan menyambut Tahun Baharu Cina ketika tinjauan SelangorKini di Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada 30 Januari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Pertandingan hias rumah sempena Tahun Baharu Cina tawar hadiah lumayan

SHAH ALAM, 9 JAN: Kerajaan Negeri menganjurkan pertandingan hias rumah untuk penduduk kampung baru, bagan dan tersusun sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang disambut bulan ini.

EXCO pembangunan kampung baru berkata pertandingan melibatkan tiga kategori utama dan menawarkan hadiah lumayan.

“Ini merupakan penganjuran kali keempat. Menerusi pertandingan ini, ia dapat memeriahkan perayaan selain mengeratkan hubungan pemimpin setempat dengan penduduk.

“Dalam masa sama, program ini menjadi platform atau peluang untuk penduduk mengadukan sebarang masalah dihadapi supaya tindakan segera dapat dilaksana,” kata Ng Sze Han.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han (tengah) menggaul ‘yee sang’ pada majlis ramah mesra bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung sempena Tahun Baharu Cina di Klang Executive Club, Klang pada 8 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Beliau ditemui pada majlis ramah mesra bersama pengurusan komuniti kampung baru, bagan dan tersusun semalam.

Dalam majlis terbabit, Sze Han turut menyempurnakan tradisi menggaul Yee Sang bersama beberapa wakil rakyat antaranya Ahli Dewan Negeri Pandamaran Tony Leong Tuck Chee dan Chua Wei Kiat (Rawang).


Pengarang :