Orang ramai menonton skrin besar perlawanan separuh akhir pertama Malaysia menentang Thailand dalam kejohanan Piala AFF 2022 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 7 Januari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDASUKANKINI

Piala AFF: KBS tambah lokasi skrin besar tonton aksi Thailand-Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 JAN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menambah 11 lagi lokasi skrin besar bagi tayangan pertembungan separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 melibatkan Thailand dan Malaysia, malam ini.

Penambahan tersebut menjadikan sebanyak 25 lokasi di seluruh negara dipilih bagi menayangkan aksi timbal balik yang berlangsung di Stadium Thammasar, Pathum Thani, berbanding 14 lokasi pada separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lepas.

Antara lokasi skrin besar yang akan menayangkan aksi berkenaan termasuklah Dataran Merdeka di sini; Perkarangan Perbadanan Putrajaya, Presint 3 Putrajaya; Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis; Mydin Tunjong, Kota Bharu, Kelantan; Parking Premium UTC Kuala Terengganu, Terengganu dan Dewan Arena Bukit Kuda, Labuan.

Pengumuman tersebut disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dalam satu ciapan di laman Twitter, semalam.

“Berita baik! Lokasi Big Screen @KBSMalaysia telah diperluaskan ke 25 lokasi untuk perlawanan Thailand vs Malaysia esok. Labuan pun ada. Tolong RT (retweet) dan enjoy!,” katanya.

Harimau Malaya menang tipis 1-0 ke atas ‘Gajah Perang’ pada aksi separuh akhir pertama menerusi jaringan pemain sayap lincah, Mohamad Faisal Abdul Halim, pada minit ke-11.

Berikut merupakan senarai 25 lokasi skrin besar:

1. Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
2. Pekarangan Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya
3. Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis
4. Dataran Starwalk, Majlis Bandaraya Alor Setar, Alor Setar, Kedah
5. Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban, Pulau Pinang
6. Dataran KTM, Ipoh, Perak
7. Laman MBPJ, Petaling Jaya, Selangor
8. Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah, Selangor
9. Dataran MPKJ @ Stadium Kajang, Kajang, Selangor
10. Dataran Sungai Tua, Batu Caves, Selangor
11. Pekarangan Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor
12. Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor
13. Kompleks Belia & Sukan Negeri Sembilan, Paroi, 14. Seremban, Negeri Sembilan
14. Dataran Kaizen Hotel & Suites, Taman Pula Melaka, Melaka
15. Dataran Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang
16. Taman Kerang, Kuantan, Pahang
17. Pasar Dinda, Kuantan, Pahang
18. Serambi Teruntum, Kuantan, Pahang
19. Mydin Tunjong, Kota Bharu, Kelantan
20. Parking Premium UTC Kuala Terengganu, Terengganu
21. Dataran Bandaraya Johor Bahru, Johor
22. Mydin Petrajaya, Kuching, Sarawak
23. Container City, Wireless Walk, Miri, Sarawak
24. Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah
25. Dewan Arena Bukit Kuda, Labuan

– BERNAMA


Pengarang :