Aksi skuad Harimau Malaya ketika menentang skuad Gajah Perang pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di Stadium Bukit Jalil pada 7 Januari 2023. Foto Facebook Football Association of Malaysia
AGENDASUKANKINI

Piala AFF: Malaysia tewaskan Thailand 1-0 di separuh akhir pertama

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 7 JAN: Malaysia berjaya menewaskan pasukan Thailand 1-0 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di Stadium Bukit Jalil malam ini.

Skuad Harimau Malaya tidak menunggu lama untuk berada di depan apabila penyerangnya Faisal Halim menjaringkan gol pada minit ke-11.

Jaringan itu mendapat sorakan kegembiraan daripada penonton yang menyaksikan perlawanan di skrin besar di Dataran Kemerdekaan di sini.

Kejayaan itu melayakkan skuad bimbingan Kim Pan Gon berlepas ke Bangkok untuk aksi timbal balik separuh akhir menentang skuad Gajah Perang itu pada 10 Januari depan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan hadiah cabutan bertuah selepas menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Malaysia menentang Thailand dalam kejohanan Piala AFF 2022 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 7 Januari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar menyertai lebih 5,000 penyokong Harimau Malaya menonton perlawanan tersebut menerusi tayangan skrin besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari turut menyampaikan hadiah cabutan bertuah berupa jersi Harimau Malaya kepada tiga penyokong bertuah yang hadir pada malam ini.


Pengarang :