PBTSELANGOR

Piala AFF: MBPJ anjur tayangan skrin besar, pelbagai aktiviti menanti pengunjung

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 9 JAN: Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) menyediakan pelbagai aktiviti menarik pada tayangan skrin besar di Laman MBPJ sempena perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF antara Malaysia dan Thailand, esok.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan antara aktiviti dianjurkan adalah pertandingan ‘Shoot In, Shoot Out’ yang turut menawarkan hadiah sagu hati menanti pengunjung.

“Kita juga ada sediakan persembahan ‘Busking’ dan deretan kendera saji untuk keselesaan pengunjung.

“Pengunjung juga boleh membawa keluarga bersama kerana pelbagai permainan untuk kanak-kanak turut tersedia,” kata agensi itu menerusi Facebook.

Pada Sabtu,  lebih 300 pengunjung memenuhi Laman MBPJ menonton perlawanan separuh akhir pertama. Malaysia memenangi perlawanan yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil dengan jaringan tunggal Faisal Halim.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini melalui Facebook MBPJ, Twitter @pjcitycouncil atau di portal www.mbpj.gov.my.

 


Pengarang :