Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Dato’ Mahmud Abbas (kiri) bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Khairul Kamarudin menandatangani plakad pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara PKNS dan Bank Muamalat di Restoran SACC Kelana Seafood, Shah Alam pada 11 Januari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PKNS rancang 10 projek perumahan tahun ini, dekat jaringan kemudahan awam

SHAH ALAM, 11 JAN: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) merancang 10 projek perumahan dilokasi strategik pada tahun ini.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata projek terbabit dibina berhampiran jaringan kemudahan awam antaranya stesen Transit Aliran Ringan (LRT), hospital dan sekolah.

“Kita merancang sebanyak 10 projek pada tahun ini menjangkau nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1 bilion tertakluk kepada keupayaan pasaran.

“Kita menyasarkan projek ini antaranya di bandar Shah Alam, Bangi dan Cyberjaya. Kediaman ini juga sesuai untuk individu yang mahu membeli rumah pertama,” katanya Dato’ Mahmud Abbas.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Dato’ Mahmud Abbas ketika sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara PKNS dan Bank Muamalat di Restoran SACC Kelana Seafood, Shah Alam pada 11 Januari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas majlis menandatangani MoU antara PKNS dan Bank Muamalat di Restoran SACC Kelana Seafood di sini hari ini.

Menurutnya, 10 projek terbabit termasuk Residensi Advena, Seksyen 16 Shah Alam yang sedang dibina dan kini menerima tempahan lebih 70 peratus daripada keseluruhan 232 unit.

“Kediaman pangsapuri berkonsepkan moden kontemporari ini mempunyai keluasan 941 kaki persegi dan merupakan kediaman mampu milik serta berdekatan laluan LRT utama di pusat bandar Shah Alam.

“Selain itu, PKNS juga bakal melancarkan projek terbaharu perumahan kos rendah iaitu Pangsapuri Intana Ria 3 di Bandar Baru Bangi pada 14 dan 15 Januart dengan harga mampu milik,” katanya.


Pengarang :