Pengerusi Eksekutif Institut Datul Ehsan (IDE) Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berucap ketika program Wacana Membangun Malaysia Madani dan Amanat Perdana Menteri di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 19 Januari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

PM angkat isu pendidikan, budaya bentuk kerangka Negara Madani

PUTRAJAYA, 20 JAN: Kerangka konsep Madani yang digariskan perdana menteri berbekal pengalamannya dalam mengangkat isu penting seperti pendidikan, budaya, ekonomi luar bandar dan bahasa Melayu.

Pengerusi Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata pengalaman panjang itu diterjemah kepada rakyat untuk membawa negara ke arah kegemilangan.

“Perjuangan ini pengalaman panjang sejak beliau di universiti walaupun langkah diambil luar biasa. Apa yang diperjuang bukan tentang sekitar tetapi bagaimana mengarusperdanakan perjuangan tersebut.

“Contohnya daya cipta merupakan salah satu kerangka Madani, ia bukan sekadar perubahan dangkal tetapi perlu diberi nilai tambah yang signifikan kepada sesebuah sistem,” katanya.

Beliau berucap sebagai panelis dalam sesi Wacana Membangun Malaysia Madani sempena Majlis Amanat Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.

Panel jemputan lain termasuk Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang membawa tajuk Membangun Negara Madani: Kemampanan dan Kesejahteraan.

Turut dijemput membentang konsep Madani ialah Presiden Kolej Dar Al-Hikmah Prof Datuk Dr Muhd Nor Manuty dan Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia Prof Dr Haslinda Abdullah.


Pengarang :