Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada rancangan temu bual Naratif Khas terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 6 Januari 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

PM: Kerajaan beri tumpuan sektor perkhidmatan dalam Belanjawan 2023

PUTRAJAYA, 17 JAN: Kerajaan akan memberikan tumpuan terhadap sektor perkhidmatan dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Februari ini, menurut Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata antara sektor yang akan diberikan tumpuan adalah teknologi hijau, ekonomi digital dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menurutnya dasar kerajaan juga harus tertumpu untuk meningkatkan keupayaan sektor PKS berikutan ia mempunyai potensi tinggi dan melibatkan jumlah pekerja yang besar.

“Jangan kita merasa kelesuan akibat ekonomi yang merudum. Kita kena mencari jalan dalam bidang-bidang baharu seperti ekonomi hijau dan digital.

“Pendekatan kita selama ini juga tidak tertumpu terhadap PKS yang menjadi tunggak kepada ekonomi negara,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Dialog Belanjawan 2023 di sini hari ini.

– BERNAMA


Pengarang :