Antara barangan dan haiwan yang dirampas dalam serbuan membanteras kegiatan penyeludupan kontraban dan hidupan liar di tiga negeri dalam tempoh 20 hari. Foto Facebook Polis Diraja Malaysia
AGENDA NASIONAL

Polis tahan 88 individu, rampas barangan seludup RM64.7 juta

KUALA LUMPUR, 24 JAN: Polis menahan 88 individu termasuk 15 warga asing dan merampas barangan bernilai RM64.7 juta dalam serbuan membanteras kegiatan penyeludupan kontraban dan hidupan liar di tiga negeri dalam tempoh 20 hari.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan berkata ia hasil 35 serbuan dan operasi dilakukan di Selangor, Sabah dan Perak oleh Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar Perisikan Siasatan Khas bagi tempoh 1 hingga 20 Januari lepas.

Antara barangan dan haiwan yang dirampas dalam serbuan membanteras kegiatan penyeludupan kontraban dan hidupan liar di tiga negeri dalam tempoh 20 hari. Foto Facebook Polis Diraja Malaysia

Beliau berkata operasi dijalankan berdasarkan peruntukan undang-undang mengikut Akta Kastam 1967 dengan jumlah rampasan berjumlah RM42.8 juta, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (RM1.2 juta) dan Akta Bahan Letupan 1957 (RM7.7 juta).

Selain itu, operasi juga dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan jumlah rampasan RM10.7 juta, Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952 (RM2.2 juta) dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan (RM5,200).

Antara barangan dan haiwan yang dirampas dalam serbuan membanteras kegiatan penyeludupan kontraban dan hidupan liar di tiga negeri dalam tempoh 20 hari. Foto Facebook Polis Diraja Malaysia

“PDRM akan terus memacu langkah ke hadapan dengan melaksanakan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain dalam memerangi jenayah kontraban dan pelbagai kesalahan lain,” katanya.

– BERNAMA


Pengarang :