Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka, Mastura Muhamad bercakap kepada media ketika sidang media di Perpustakaan Tun Raja Uda, Shah Alam pada 12 November 2021. HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSI SELANGOR

PPAS tawar kelas asas 14 bahasa bermula 1 Februari, bayaran serendah RM10

SHAH ALAM, 16 JAN: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menawarkan kelas asas 14 bahasa bermula 1 Februari depan, maklum pengarahnya.

Menurut Datin Paduka Mastura Muhamad kelas Language [email protected] Public Library secara maya itu ditawarkan dengan bayaran serendah RM10 sejam untuk satu bahasa.

“Bahasa yang ditawarkan termasuk Itali, Jepun, Perancis, Mandarin, Turki, Melayu, Arab, Belanda, Tamil, Sepanyol, Jepun, Korea, Inggeris dan Rusia,” katanya kepada SelangorKini.

Menurut Mastura kelas asas selama tiga bulan itu dianjurkan sejak 30 Julai 2021.

“Sehingga kini seramai 4,611 pelajar sudah terlibat dengan 69 tutor, 304 kelas seminggu dan 49 kakitangan.

“Tujuan utama kelas ini dijalankan bagi memberi peluang kepada masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah untuk mempelajari atau mengasah kemahiran berbahasa bagi meningkatkan potensi diri untuk peluang pekerjaan dan perniagaan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut hubungi 016 241 4260 atau 011 5779 1664 dan pendaftaran boleh dibuat di pautan https://www.ppas.gov.my/kelas_bahasa/.


Pengarang :