Orang ramai mendapatkan barang keperluan asas pada harga murah menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Morib di Taman Sri Desa, Kuala Langat pada 21 Januari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL SELANGOR

Program jualan murah barangan asas singgah sembilan lokasi esok

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 25 JAN: Program jualan murah barangan asas anjuran Kerajaan Negeri diteruskan lagi di sembilan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.

Jelajah Ehsan Rakyat (JER) dikendalikan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) akan diadakan di Apartmen Merak, Selayang dalam DUN Taman Templer dan Balai Raya Kampung Kuantan (DUN Bukit Melawati).

Lokasi lain ialah halaman Surau Parit 3 Barat/Banat (DUN Sabak), Flat Selayang Mulia (DUN Sungai Tua), Balai Raya Taman Permai, Kampung Simpang Tiga (DUN Jeram) dan Dewan MPK Meru (DUN Meru).

Tiga lagi lokasi ialah Fasa 6, Taman Melawati (DUN Hulu Kelang), Dewan Terbuka Kampung Ujung Permatang (DUN Permatang) dan padang awam Hulu Bernam (DUN Hulu Bernam).

Program jualan murah itu menawarkan barangan seperti ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Turut dijual ialah ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Orang ramai boleh melayari pautan linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.


Pengarang :