AGENDANASIONAL

Sabak Bernam, Kuala Selangor diramal ribut petir, hujan lebat hingga 1 tengah hari

SHAH ALAM, 11 JAN: Dua daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam dan Kuala Selangor diramal ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 1 tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama turut berlaku di beberapa kawasan di Perak, Terengganu dan Pahang.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :