SHAH ALAM, 6 JAN: Selangor FC menawarkan potongan harga 20 peratus untuk t-shirt eksklusif The Red Giants.
Pasukan itu memaklumkan tawaran yang bermula semalam akan berlanjutan sehingga kehabisan stok.
“Dapatkan RG Lifestyle T-Shirt dengan diskaun 20 peratus berharga RM47.20 sahaja!
“Diskaun akan berlanjutan sehingga stok habis. Jadi dapatkan segera!,” katanya menerusi Facebook.
T-shirt eksklusif itu menawarkan tiga pilihan warna iaitu merah, hitam, dan putih.
Ia boleh didapati menerusi pautan berikut https://bit.ly/RGLifestyle.