Kenderaan meredah air banjir dalam keadaan trafik sesak sekitar Kuala Lumpur disebabkan banjir kilat yang berlaku akibat hujan lebat yang berterusan sejak awal petang pada 10 Sept 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Selangor, KL dan Putrajaya diramal ribut petir, hujan hingga 10 pagi

SHAH ALAM, 28 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Selangor sehingga 10 pagi ini.

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan situasi sama dijangka berlaku di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Labuan.

Manakala di Perak melibatkan Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim; Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) serta Johor (Tangka dan Muar).

Sarawak pula di Sibu (Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu serta Sabah di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :