EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian bercakap kepada media selepas lawatan tapak bagi menyelesaikan isu lori keluar dan masuk ke kuari menggunakan jalan perumahan yang menyebabkan kerosakan jalan dan kemalangan di Bandar Mahkota Cheras, Kajang pada 5 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor kumpul maklum balas, belum putuskan laksana sifar beg plastik

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

KAJANG, 6 JAN: Kerajaan Selangor sedang mengumpul data maklum balas daripada pengguna dan pihak berkaitan berhubung penggunaan beg plastik semua premis jualan di negeri ini.

EXCO alam sekitar berkata sebarang perbincangan atau ketetapan belum dibuat berhubung polisi caj kutipan beg plastik serta pelaksanaan hari sifar bahan berkenaan.

“Kita belum bincang lagi kerana kita nak dapatkan data dahulu seperti kutipan dan data respon daripada pengguna.

“Selepas selesai (pengumpulan) data baharu akan ada perbincangan sama ada naik harga atau buat penguatkuasaan lebih ketat. Buat masa ini (ketetapan sedia ada) masih sama,” kata Hee Loy Sian.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang ditemui selepas melakukan tinjauan isu berkaitan kuari di Bandar Mahkota Cheras di sini, semalam.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor dilaporkan bercadang memansuhkan penggunaan beg plastik di semua premis jualan di negeri itu sepenuhnya pada 2025.

Bagaimanapun inisiatif itu bergantung sekiranya mempunyai kaedah lain lebih sesuai bagi menggantikan bahan berkenaan.


Pengarang :