Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis bercakap kepada media ketika melakukan kunjungan bagi rancangan penubuhan Serve Elit di Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong, Shah Alam pada 24 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

Seorang maut, dua parah dalam kemalangan libatkan enam kenderaan

SHAH ALAM, 13 JAN: Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas terlibat dengan kemalangan melibatkan enam kenderaan di susur keluar ke Bukit Raya, Lebuhraya Persekutuan di sini pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya yang menerima panggilan pada pukul 7.47 pagi dan tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian mendapati enam kenderaan berlanggar dari belakang secara berturut-turut.

“Akibat kejadian, tiga mangsa tersepit dengan dua daripadanya yang cedera parah telah dikeluarkan oleh orang awam dan diserahkan kepada pihak ambulans.

“Seorang lagi mangsa yang berusia 57 tahun dikeluarkan oleh pihak bomba, disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan, dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

– BERNAMA

 


Pengarang :