Ketua Pegawai Pemasaran Malaysia Book of Records (MBOR) Jwan Heah (kanan) menyampaikan sijil MBOR kepada Pengarah ST Rosyam Mart Sdn Bhd Datuk Rosyam Nor (kiri) sambil disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perdagangan Dalam Negeri Datuk Roziah Abudin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sri Ternak Dato’ Raymond Ho di ST Rosyam Mart Seksyen 9, Shah Alam pada 6 Januari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

ST Rosyam Mart cipta rekod, pasar runcit moden pertama beroperasi 24 jam

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 6 JAN: ST Rosyam Mart Sdn Bhd diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai pasar runcit moden pertama yang beroperasi 24 jam sepanjang tahun.

Pengarahnya Datuk Rosyam Nor berkata pengiktirafan itu pemangkin semangat kepada pihaknya untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Impian kita untuk beri kemudahan kepada masyarakat menjadi kenyataan. Kita mahu orang ramai rasai pengalaman berbelanja dalam persekitaran lima bintang tetapi menawarkan harga borong,” katanya.

Ayam segar dijual dengan harga murah sempena jualan gudang di ST Rosyam Mart Seksyen 9, Shah Alam pada 6 Januari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Beliau ditemui selepas majlis penganugerahan tersebut di sini, yang  disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Datuk Roziah Abudin.

Rosyam memaklumkan pasar raya itu memiliki enam cawangan yang beroperasi 24 jam, dengan sebuah lagi akan dibuka di Taman Ehsan, Kepong awal bulan depan.

Pihaknya turut menyasar untuk membuka 20 cawangan di sekitar Lembah Klang menjelang 2025, sebelum diperluas ke negeri lain dengan tawaran harga rendah antara 20 ke 30 peratus.

“(Selain) tawaran harga rendah, (ia) turut memberi peluang kepada usahawan kecil menempatkan produk mereka di sini bagi membantu meningkatkan kuasa membeli dan ekonomi rakyat,” katanya.

 


Pengarang :