EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman (tengah) memotong riben sebagai simbolik perasmian jambatan di rumah bekas atlet ketika majlis Ceria Atlet Selangor 2023 di Kampung Bahagia Bukit Lagong Sungai Buloh pada 19 Januari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

STDC bakal latih penghuni rumah kebajikan, langkah bina kerjaya anak yatim

SHAH ALAM, 20 JAN: Kerajaan Negeri menerusi Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) berhasrat mengasah kemahiran anak yatim yang tinggal di rumah kebajikan.

EXCO pembangunan modal insan berkata langkah itu bagi menjamin kehidupan dan masa depan anak yatim selepas tidak lagi mendiami pusat berkenaan.

“Selalunya bila berusia 18 tahun mereka tidak lagi tinggal di rumah kebajikan. Jadi sebagai langkah membina kerjaya, kita bantu mereka bentuk kemahiran menerusi kursus yang ditawarkan STDC.

“Insya-Allah perancangan ini akan dilaksanakan selepas sambutan Tahun Baharu Cina. Selangor ada beratus rumah kebajikan dan harap pelaksanaan ini berjaya membantu kehidupan mereka,”kata Mohd Khairuddin Othman semalam.

EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman (duduk, tengah) bergambar bersama di majlis Ceria Atlet Selangor 2023 di Kampung Bahagia Bukit Lagong, Sungai Buloh pada 19 Januari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Terdahulu beliau menyerahkan sumbangan kepada 45 bekas atlet Selangor dalam satu program di Kampung Bahagia Bukit Lagong, Sungai Buloh di sini.

STDC dijenamakan daripada Kolej Antarabangsa INPENS pada Ogos 2020 merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk merencana Agenda Pendidikan Unggul bawah strategi Belanjawan 2020.

Menerusi langkah itu STDC menawarkan pelbagai latihan kemahiran yang berkualiti dan berdampak tinggi ke arah Revolusi Industri 4.0.


Pengarang :