DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menaiki beca ketika melawat Armenian Street Georgetown, Pulau Pinang pada 14 Januari 2023. Foto Facebook Selangor Royal Office.
SELANGOR

Sultan berkenan lawat lokasi pelancongan warisan di Pulau Pinang

SHAH ALAM, 18 JAN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan melawat tapak warisan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Pada lawatan Sabtu lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj melakukan ‘walkabout’ di kawasan Armenian Street George Town, Pulau Pinang.

“Baginda berkesempatan singgah di beberapa kedai menjual cenderamata selain beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai.

“Baginda turut berkenan menaiki beca untuk merasai sendiri suasana di lokasi-lokasi tumpuan yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai kawasan warisan di Pulau Pinang,” maklum Selangor Royal Office di Facebook.


Pengarang :