Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin bergambar kenangan ketika melawat ke Pinang Peranakan Mansion di Georgetown, Pulau Pinang baru-baru ini. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri ucap Selamat Tahun Baharu Cina

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 21 Jan: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat negeri ini yang meraikannya.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin berharap sambutan perayaan sebegini akan terus menjadi elemen terpenting dalam mengeratkan perpaduan dan keharmonian antara kaum di Malaysia.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin bergambar kenangan ketika melawat ke Pinang Peranakan Mansion di Georgetown, Pulau Pinang baru-baru ini. Foto Facebook Selangor Royal Office

Baginda juga berharap perayaan ini diraikan dalam suasana muhibah, penuh toleransi dan saling hormat menghormati.

“Semoga tahun baharu ini akan membawa kemakmuran, kegembiraan dan kebahagiaan buat kita semua,” titah Baginda dalam ucapan di Facebook rasmi Selangor Royal Office.


Pengarang :