Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Suruhanjaya Kanak-kanak selaras prinsip Malaysia Madani, langkah positif pelihara kesejahteraan

KUALA LUMPUR, 20 JAN: Penubuhan Suruhanjaya Kanak-kanak sebagai sebuah badan berkanun yang bebas adalah langkah positif ke arah memelihara maruah kanak-kanak, menurut Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Pengerusinya Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad berkata ini selaras dengan prinsip Malaysia Madani seperti yang diketengahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata penubuhan suruhanjaya ini adalah satu langkah ke arah yang betul dengan kedudukan Malaysia sebagai Negara Pihak kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) yang bertanggungjawab memelihara keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak.

“Suhakam berharap suruhanjaya yang baru ditubuhkan dapat menangani isu berkaitan kanak-kanak termasuk aspek kemandirian, perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata bagi memastikan perlindungan sebagai kepentingan terbaik kanak-kanak, suruhanjaya mesti mempunyai bidang kuasa yang luas dan mandat yang jelas dengan peruntukan yang mencukupi serta sumber manusia untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. – BERNAMA

 


Pengarang :