Pustaka Raja Tun Uda di Seksyen 13, Shah Alam. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Tarik pengunjung ke perpustakaan, PPAS anjur pelbagai aktiviti sepanjang tahun

SHAH ALAM, 16 JAN: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) melaksanakan pelbagai program untuk menarik orang ramai mengunjungi perpustakaan serta menggalakkan budaya membaca.

Pengarahnya Datin Paduka Mastura Muhamad berkata antaranya termasuk aktiviti cuti sekolah yang dijalankan sepanjang cuti penggal pada Mac, Jun, Ogos dan Disember.

“Ia bukan hanya dijalankan di Pustaka Raja Tun Uda malah di perpustakaan daerah seluruh Selangor.

“Antara aktiviti menarik yang disediakan termasuk rekaan kreatif, rekaan 3D, robotik dan kelas penyediaan makanan,” katanya kepada SelangorKini.

Menurut Mastura pandemik memberi kesan mendalam kepada dunia muzik justeru bagi membantu meningkatkan industri ini pihaknya menyediakan perkhidmatan akses berpatutan dan mudah kepada semua individu kumpulan kreatif menerusi Sound Studio@PPAS.

“PPAS bergerak seiring dengan ekosistem harian semua lapisan masyarakat dalam bidang kreatif iaitu muzik bagi membantu memberi inspirasi, mendidik, dan mencetus kreativiti kepada semua orang,” katanya.


Pengarang :