Sukarelawan Team Selangor mengagihkan barangan keperluan asas ketika majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa banjir menerusi Misi Selangor Penyayang 2.0 di Surau An Nur Taman Mesra Kupang, Baling, Kedah pada 21 Julai 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Team Selangor dekati anak muda, anjur program jana pendapatan

SHAH ALAM, 18 JAN: Team Selangor tahun ini merancang penganjuran program yang memberi nilai tambah kepada anak muda sekali gus membantu mereka menjana pendapatan.

Ketua Sekretariatnya Syahaizel Keman memaklumkan keutamaan program meliputi kursus kemahiran dan keusahawanan selain kelas memasak, kecantikan serta penjagaan diri.

“Kita turut rancang aktiviti gaya hidup sihat seperti futsal dan bola baling. Memandangkan e-sukan turut menjadi pilihan anak muda, jadi ia turut tersenarai dalam perancangan tahun ini,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, sukarelawan Team Selangor bergerak aktif melaksanakan pelbagai program mendekati masyarakat antaranya gotong-royong bagi menjaga kelestarian alam sekitar.

Selain itu, ahlinya turut giat membantu mangsa banjir membersihkan kediaman termasuk di luar Selangor.


Pengarang :