Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
SELANGOR

Tujuh daerah di Selangor diramal ribut petir hingga 9 malam

SHAH ALAM, 4 JAN: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang hingga 9 malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama turut melanda Putrajaya, Kuala Lumpur dan seluruh Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Pulau Pinang.

Menerusi info grafik di Facebook, beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak turut mengalami keadaan sama.

MetMalaysia berkata amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :