Ahli Dewan Negeri Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Tukar barangan kitar semula kepada wang tunai Sabtu ini

SHAH ALAM, 25 JAN: Orang ramai berpeluang menukar barangan kitar semula dengan wang tunai pada Program ‘Trash for Cash’ di Lek Seng Kopitiam Seksyen 19, Petaling Jaya, Sabtu ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran berkata orang ramai boleh membawa pelbagai jenis barangan kitar semula termasuk besi, kertas atau kaca untuk ditukar dengan wang tunai.

“Barang mereka akan ditimbang terlebih dulu dan ditentukan harganya.

“Bawa apa saja barangan kering yang boleh dikitar semula seperti kertas, surat khabar, besi atau botol kaca untuk anda tukar dengan wang tunai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Rajiv, program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing dengan kerjasama syarikat Trashcycle Malaysia itu bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

“Kita bercadang untuk melaksanakan program ini secara berkala jika mendapat sambutan menggalakkan,” katanya.


Pengarang :