Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (Unisel) ke-16 di Dewan Canselor Unisel kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 3 Disember 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Unisel buka permohonan kemasukan pelajar baharu 2023

SHAH ALAM, 31 JAN: Universiti Selangor (Unisel) membuka permohonan kemasukan pelajar baharu bagi sesi 2023 bermula April depan.

Universiti milik Kerajaan Negeri itu menawarkan program pengajian di peringkat program asas, diploma, sarjana muda, sarjana dan PHD.

Permohonan boleh dibuat dalam talian menerusi pautan http://apply.unisel.edu.my dan semakan program ditawar di https://www.unisel.edu.my/admission/programmes-offered/.

Menurut Unisel di Facebook, yuran pendaftaran hanya RM500 bagi anak atau pemastautin Selangor yang ditaja Bantuan Yuran Asas Universiti (Bayu).

Ia memiliki prasarana terbaik, menawarkan biasiswa bagi semua program asasi serta program pengajian yang diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).


Pengarang :