Wakil Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran menunjukkan tapak pasar malam yang bakal dibuka Februari di Tempat Letak Kenderaan Seksyen 8, Petaling Jaya pada 12 Januari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Wakil rakyat saran peniaga segera mohon tapak pasar malam baharu di Seksyen 8 PJ

PETALING JAYA, 12 JAN: Peniaga disaran memohon segera tapak niaga pasar malam di parkir Seksyen 8 di sini yang bakal beroperasi mulai Februari.

Wakil rakyat Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran berkata permohonan secara dalam talian boleh dibuat melalui pautan elesen.mbpj.gov.my

“Saya menyeru semua peniaga memohon secara sah menerusi saluran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sahaja kerana kita akan ada sesi temuduga bukan melalui mana-mana pihak ketiga yang hanya mengaut untung semata-mata.

“Sekiranya tidak tahu untuk memohon secara dalam talian anda boleh pergi terus ke tingkat enam Jabatan Pelesenan Ibu Pejabat MBPJ dengan membawa dokumen diperlukan,” katanya.

Wakil Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran menunjukkan tapak pasar malam yang bakal dibuka Februari di Tempat Letak Kenderaan Seksyen 8, Petaling Jaya pada 12 Januari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Bercakap kepada pemberita selepas meninjau lokasi baharu pasar malam berkenaan di sini hari ini, Rajiv berkata 57 tapak niaga disediakan dan pasar yang beroperasi setiap Sabtu dari 4.30 petang hingga 10 malam menjual pelbagai barangan kering dan basah.

Antara dokumen yang diperlukan ketika memohon adalah seperti berikut :

  • gambar berukuran passport
  • salinan kad pengenalan
  • salinan kad pengenalan suami/isteri (jika ada)
  • salinan bil utiliti terkini
  • salinan sijil nikah (jika sudah berkahwin)
  • salinan surat cerai (jika sudah bercerai)
  • salinan surat kematian suami/isteri (jika ada)
  • surat doktor (jika ada masalah kesihatan)
  • salinan nombor akaun bank (akaun aktif)
  • salinan kompaun daripada Jabatan Perkhidmatan Kesihatan atau Jabatan Penguatkuasaan (jika ada)

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-7960 4667 / 03-7960 9026 / 03-7956 6922 atau 03-7956 3231.


Pengarang :