Oleh Azian Aziz
SHAH ALAM, 27 JAN: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) membuka pendaftaran untuk anak yatim Selangor bagi tahun ini.
Agensi tersebut memaklumkan sistem pengurusan maklumat anak yatim akan mempermudah pihaknya mengagihkan sumbangan kepada kumpulan sasar.
“Pendaftaran boleh dibuat secara online melalui pautan www.epayns.com.my. Pendaftar perlu mencetak borang yang telah lengkap diisi.
“Mereka juga perlu melampirkan kad pengenalan anak yatim dan ibu atau penjaga, sijil kematian bapa dan slip akaun bank untuk pengesahan nazir masjid,” katanya di Facebook.
Yide memaklumkan borang yang lengkap boleh dipos atau dihantar sendiri kepada Yayasan Islam Darul Ehsan, No 3, Jalan Keluli AM7/AM, Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 6 Februari 2023.
