Sebahagian jururawat yang bertugas di hospital seluruh negara bagi merawat pesakit Covid-19. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Yide tawar jawatan jururawat terlatih, berkhidmat di pusat dialisis

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 6 JAN: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) mempelawa individu berkelayakan memohon jawatan sebagai jururawat terlatih di bawah agensi itu.

Yide memaklumkan antara syarat kelayakan adalah warganegara Malaysia berusia tidak kurang 18 tahun dan memiliki Diploma Kejururawatan, Diploma Lanjutan atau setaraf dengannya.

Menurutnya, calon terpilih akan ditempatkan di Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (Mais) cawangan Shah Alam.

“Calon bagi jawatan jururawat terlatih mestilah mempunyai annual practising certificate (perakuan pengamalan jururawat tahunan) bagi tahun semasa.

“Mereka yang mempunyai Sijil Kejururawatan Hemodialisis Asas juga menjadi keutamaan dan adalah satu kelebihan,” maklum agensi itu di Facebook.

Untuk memohon calon boleh menghantar resume beserta gambar dan salinan kad pengenalan dengan segera menerusi e-mel [email protected] .

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 03-33459900 atau layari www.yide.com.my .

Ketika ini Yide mengurus selia enam cawangan Pusat Dialisis Mais di Shah Alam, Bukit Jelutong, Kapar, Sungai Besar, Kuala Selangor dan Taman Melawati.

Sebanyak RM500,000 diperlukan setiap tahun bagi membiayai kos rawatan ujian darah dan ubat-ubatan bagi pesakit dialisis kurang berkemampuan daripada pelbagai peringkat umur.

Rawatan hemodialisis adalah salah satu peranan Yide dalam memberi khidmat sokongan kebajikan khususnya dalam bidang kesihatan dan perubatan.

 

 


Pengarang :