AGENSISELANGOR

10 usahawan disenarai pendek, buru gelaran Ikon Agro Selangor 2022

SHAH ALAM, 13 FEB: Seramai 10 usahawan agro daripada 23 penyertaan disenarai pendek sebagai calon Ikon Agro Selangor 2022 edisi ketiga.

Agro Selangor memaklumkan kesemua mereka akan dihubungi oleh pihak jawatankuasa bagi penyediaan video pendek untuk proses seterusnya.

“Proses penggambaran video pendek ini akan dijalankan di lokasi dan premis perniagaan seperti yang di isi di borang (google form),” menurut agensi itu di Facebook.

Berikut senarai usahawan agro yang terpilih:

  • Nasyrah Hanim Mohamad Zainuddin (MGR Malaysia Sdn Bhd)
  • Faridah Khalid (Kasih Hulu Langat Enterprise)
  • Musleha Zainuddin (M.H.P Enterprise)
  • Fauziah Tawil (G&H Cake House Sdn Bhd)
  • Saiful Azimir Zainuddin (Jemir Ternak Sdn Bhd)
  • Turut dipilih PS Thilakgendran (Jasa Terus PLT)
  • Mohd Hafiz Nordin (ARC Berkat Agro Food Sdn Bhd)
  • Kamarul Iqbal Ismail (KMK Agro Global Sdn Bhd)
  • Siti Fatonah Sukani (CTS Cookies)
  • Mohd Noorhardy Mohd Noorzain (Barokah Agribiz Enterprise)

Sebelum ini, EXCO Pertanian Ir Izham Hashim memaklumkan sebanyak 23 penyertaan pencarian Ikon Agro Selangor 2022 diterima selepas tarikh tutup permohonan pada 18 Januari lalu.

Lima kategori dipertandingkan dalam program edisi ketiga iaitu penternakan, akuakultur, tanaman, industri asas tani dan agro pelancongan yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 beserta peralatan tani.

Penganjuran pertandingan itu adalah menjadikan Selangor sebagai pusat bekalan makanan selain menggalakkan lebih ramai berkecimpung dalam industri.

Pengumuman Ikon Agro Selangor 2022 itu akan dibuat dalam program Selangor Agro Fest 2023 pada Mac depan.


Pengarang :