Penduduk sekitar Puncak Alam tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan asas di Jelajah Ehsan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram di Tapak pasar malam Alam Jaya, Kuala Selangor pada 25 Februari 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

300 ayam, 200 papan telur terjual dalam sejam di jualan murah DUN Jeram

Oleh DIANA ABD WAHAB

KUALA SELANGOR, 20 FEB: Bekalan ayam, telur dan beras yang dijual Jelajah Ehsan Rakyat (JER) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram hari ini habis dalam tempoh sejam.

Penolong pengurus kewangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berkata pihaknya menghadkan seekor ayam dan sepapan telur untuk setiap pembeli bagi memastikan lebih ramai mendapat manfaat.

Penolong Pengurus Kewangan PKPS Zul Hanafi Mohd Isal. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Hari ini lebih 300 ayam, 200 papan telur dan 100 kampit beras terjual dalam tempoh sejam namun, pada 11.30 pagi sudah tiada pengunjung beratur jadi kita benarkan pembeli beli barangan tanpa had,” kata Zul Hanafi Mohd Isal.

Bertempat di Tapak Pasar Malam Alam Jaya di sini, program yang bermula jam 10 pagi menyaksikan lebih 300 pengunjung sekitar DUN Jeram hadir bagi mendapatkan barangan keperluan asas.

Penduduk sekitar Puncak Alam tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan asas di Jelajah Ehsan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram di Tapak pasar malam Alam Jaya, Kuala Selangor pada 25 Februari 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Jualan murah yang memanfaatkan lebih dua juta penduduk Selangor melalui siri jelajah di 693 lokasi sekitar 56 DUN diteruskan ke sembilan lokasi setiap hari sejak 16 Januari lalu

Inisiatif Kerajaan Negeri menawarkan ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung atau selayang (RM6 per pek), minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).


Pengarang :