Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr G Gunarajah meninjau program Pemberian Cermin Mata Percuma di VO Optics di Sentosa, Klang pada 19 Februari 2023. Foto Facebook ADUN Sentosa YB Gunaraj
ADNSELANGOR

37 warga emas, golongan B40 di DUN Sentosa terima cermin mata percuma 

SHAH ALAM, 20 FEB: Seramai 37 penduduk berpendapatan rendah (B40) termasuk warga tua sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa menerima cermin mata percuma.

Wakil rakyatnya Dr G Gunarajah berkata selain pemberian cermin mata, penduduk turut ditawarkan pemeriksaan mata secara percuma di VO Optics, Sentosa.

“Ini adalah program cermin mata percuma yang keempat dilaksanakan khusus kepada golongan B40 dan warga tua yang telah mendaftar di Pusat Khidmat DUN Sentosa,” katanya di Facebook.

Peserta sedang menjalani pemeriksaan mata ketika program Pemberian Cermin Mata Percuma DUN Sentosa di VO Optics di Sentosa, Klang pada 19 Februari 2023. Foto Facebook ADUN Sentosa YB Gunaraj

Menurut Gunaraj, program kemasyarakatan itu dilaksanakan oleh Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) Sentosa dengan kerjasama VO Optics dan Keluarga Clarence.

“Terima kasih Ms Anetha selaku pengarah program dan pasukan SUKA Sentosa yang telah menjayakan program ini,” katanya.


Pengarang :