Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub bersama timbalannya, Senator Fuziah Salleh (kanan) meninjau barangan sumbangan pada Majlis Pelancaran Inisiatif Bakul Rahmah dan Pelepasan Lori Rahmah di Menara SSM, Kuala Lumpur pada 27 Februari 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

37,373 ketua isi rumah miskin tegar terima Bakul Rahmah

SHAH ALAM, 27 FEB: Seramai 37,373 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di seluruh negara bakal menerima bantuan keperluan asas menerusi inisiatif Bakul Rahmah.

Menteri kos sara hidup berkata usaha bawah program Payung Rahmah bernilai RM100 menyasar golongan B10, iaitu miskin tegar berpendapatan kurang RM2,500, lapor Harian Metro.

Menurut Datuk Seri Salahuddin Ayub, inisiatif tersebut melibatkan kerjasama rakan strategik, pasar raya, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Inisiatif ini tidak membabitkan kos kerajaan ekoran pemain industri dilihat semakin bersungguh untuk menyalurkan kebajikan kepada rakyat,” katanya.

Beliau menambah agihan barang keperluan asas akan diagihkan ke pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) setiap kawasan sebelum diedarkan kepada KIR terbabit.

 


Pengarang :