Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat selepas enam maut, lapan cedera dalam nahas van persiaran yang terbabit kemalangan di Kilometer 4.8 laluan turun Genting Highlands – Kuala Lumpur pada 8 Februari 2023. Foto Facebook JBPM Pahang
AGENDANASIONAL

6 maut, 8 cedera nahas van di laluan turun Genting Highlands – Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 8 FEB: Enam maut dan lapan cedera selepas van persiaran yang dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 4.8 di laluan turun Genting Highlands – Kuala Lumpur dekat sini, tengah hari tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang dalam kenyataan memaklumkan laporan kemalangan diterima pada jam 1.15 tengah hari.

Menurut kenyataan itu, seramai 14 individu menaiki van berkenaan terdiri 12 wanita dan dua lelaki.

Van terbabit dipercayai terbabas mengakibatkan enam daripada penumpang maut di lokasi, lapor Berita Harian.

Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat selepas enam maut, lapan cedera dalam nahas van persiaran yang terbabit kemalangan di Kilometer 4.8 laluan turun Genting Highlands – Kuala Lumpur pada 8 Februari 2023. Foto Facebook JBPM Pahang

“Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan penyelamatan.

“Mangsa yang cedera diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dihantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut,” katanya.

Katanya kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan mangsa yang meninggal dunia terdiri daripada lima wanita dan seorang lelaki.

Mereka yang menaiki van dikatakan kumpulan pelancong dari Pulau Pinang dan selesai mengunjungi Genting Highlands.

Lapan mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Bentong dan Hospital Kuala Lumpur.


Pengarang :