KUALA SELANGOR, 14 FEB: Lebih 800 kanak-kanak dijangka menyertai program berkhatan beramai-ramai pada cuti persekolahan kali ini, kata EXCO pembangunan luar bandar.
Borhan Aman Shah berkata kesemua mereka merupakan peserta yang tidak sempat menyertai program Sunathon Perdana Disember lalu.
“Kita memang ada perancangan untuk anjurkan majlis berkhatan itu tetapi pelaksanaannya masih dibincangkan dan belum dimuktamadkan lagi.
“Kemungkinan kita akan buat program tersebut mengikut zon atau daerah bagi memudahkan peserta dan ibu bapa,” katanya selepas merasmikan Muzium Permainan Tradisional di Bukit Malawati di sini, hari ini.
Tahun lalu, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk RM500,000 bagi menjayakan program khatan percuma yang memberi manfaat 3,300 kanak-kanak.